
Assalamualaikum & salam 1Malaysia,
Entri sebelum aku memulakan penulisan paperwork untuk program kelab. Pesat sungguh berkembangnya IT di negara kita. Kalau dilihat pada jumlah blogger di Malaysia ini sahaja mencecah puluhan ribu dan mungkin ratusan ribu atau juta. Tujuan penulisan blog bergantung kepada niat masing-masing. Mungkin ada yang menulis blog untuk suka-suka atau sekadar hobi,mungkin mereka menulis untuk menjana wang,mungkin blog sebagai diari maya atau online mereka.Sesuatu benda mestilah ada baik dan buruknya. Seperti blog juga, ada kebaikan dan keburukannya. Kalau kita lihat pada sudut pandangan positif, blog ini sebenarnya sebagai salah satu medium pendidikan. Mengapa aku berkata sedemikian? Jawapannya, kalau kita lihat penulis blog melayu terutamanya,sekiranya mereka menggunakan bahasa dengan betul sewaktu penulisan blog, secara sedikit sebanyak membantu meningkatkan gaya penulisan dan penggunaan bahasa mereka. Jikalau kita lihat negara barat, sebagai contoh J.K Rowling, penulis novel Harry Potter, dahulunya sekadar suri rumah yang miskin tetapi kini sebagai seorang jutawan. Semuanya hasil dari penulisan beliau. Tidak mustahil perkara ini berlaku di Malaysia juga. Selain itu, jika kita lihat dari sudut IT pula, kita boleh dan mampu mempelajari kod-kod htmldan css blog itu sendiri. Secara tidak langsung, kita sudah mempunyainya ilmu sains komputer tanpa menghadiri kelas atau memasuki universiti. Di samping itu, terdapat banyak juga blog-blog yang menghidangkan pelbagai informasi kepada pembacanya. Walau bagaimanapun,harus diingat, tidak semua informasi itu sahih dan terbukti kebenarannya. Jadi, pembaca harus bijak menilai sesuatu maklumat agar kita dapat mengelakkan salah faham dan timbulnya unsur fitnah.Blog juga mampu menjana pendapatan kepada pemiliknya. Pendapatan ini boleh datang dari pelbagai sumber, tidak mampu untuk aku merungkaikan kesemuanya. Aku hanya kongsikan beberapa contoh sumber kewangan untuk penulis blog, salah satu dan paling terkenal ialah sebagai tapak sewaan iklan dan blogger itu adalah sebagai seorang penerbit(publisher). Bagi penulis blog di Malaysia ini,nuffnang merupakan syarikat menjadi tumpuan kerana tiada syarat yang dikenakan untuk meletakkan iklan. Tetapi ada juga syarikat-syarikat yang lain yang menawarkan khidmat iklan seperti ini adsense, adsniaga, innity, dan banyak lagi. Terdapat juga blogger yang menjadikan blognya sebagai blogshop. Ada juga yang menyertain program affiliate. Semua kaedah ini menjana wang ringgit kepada pemilik blog tersebut. Namun begitu, harus diingat, sekiranya anda berblog kerana wang semata-mata, besar kemungkinan anda akan gagal dalam dunia blog ini.Sekiranya kita melihat kepada sudut negatif blog ini pula, blog mampu memecah-belahkan perpaduan atau hubungan sesama kita. Jika kita lihat pada kes-kes yang berlaku sebelum ini, banyak penulis blog yang disaman dan ditangkap kerana menimbulkan unsur fitnah dan menyentuh sensitiviti kaum atau rakyat negara ini. Maklumat-maklumat palsu yang disebarkan sedikit sebanyak menimbulkan unsur tidak puas hati, marah, dan dengki dalam kalangan kita. Berdasarkan pengalaman aku yang tidak seberapa ini, banyak juga aku jumpa blog yang menimbulkan perkara-perkara seperti ini. Satu persoalan yang bermain dibenak aku, apakah faedah dan kebaikan yang penulis itu dapat?Mungkin ada penulis blog menulis untuk melepaskan rasa marah dan tidak puas hati mereka melalui blog. Perkara ini mendatangkan kebaikan dan keburukannya. Kebaikannya, penulis itu berasa puas dan lega tetapi keburukannya pula, akan timbul rasa kebencian, meluat dan sebagainya kepada pembacanya. Walau bagaimanapun, aku tidak membantah tindakan ini kerana mungkin ia salah satu terapi untuk menghilangkan rasa marah. Timbul rasa kecewa dan sedih di hati aku apabila aku terbaca blog yang penulisnya menimbulkan fitnah, mengutuk blogger atau orang lain dan pelbagai lagi. Kenapa kita lebih sukakan perpecahan daripada kedamaian? Adakah kita sudah bosan hidup dalam kedamaian? atau kita ingin hidup menderita? Renung-renungkanlah..
No comments:
Post a Comment